Showing posts with label sad. Show all posts
Showing posts with label sad. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Al-Fatihah

Khamis malam Jumaat, 10.30 malam ( Jun 2, 2011 )...Pak Zhari ( my uncle) telah kembali ke rahmatullah...

Al-fatihah....

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan para syuhada dan solihin..Insyaaallah....

The last time i met him, about a year ago...during my sis wedding. I was not able to see him last weekend, was in OT when he came to visit my family ....
It silenced me a bit....hanya Allah yang tahu apa yang terbaik baginya....Al -Fatihah

I know that my dad masih sedih dengan pemergian arwah adiknya....


Sunday, March 8, 2009

Setahun Berlalu

Masa berlalu terlalu pantas. Rasa seperti baru semalam arwah atuk pergi buat selama-lamanya. Hari ini genap setahun arwah pergi meninggalkan kami semua. Terasa rindu sangat pada arwah. Tiada lagi kedengaran suara arwah mengaji setiap hari menjelang subuh. Tiada lagi gelak ketawa arwah menyakat cucu cicitnya. Kenangan selama 28tahun bersama arwah akan terpahat di ingatan buat selama-lamanya.

Semoga arwah atuk ditempatkan bersama-sama umat islam yang soleh dan rohnya dicucuri rahmatmu ya Allah s.w.t.

Aidilfitri 2007, kenangan bersama arwah atuk buat kali terakhir.

Terasa terlalu rindu beraya disisinya di pagi Aidilfitri....


Dalam kenangan , Haji Hussein Bin Ibrahim ( 31 Julai 1923 - 8 Mac 2008 ). Al- Fatiha......


Sunday, December 7, 2008

Hentikan Segera

Hentikanlah projek pembinaan di lereng bukit. Apa lagi yang nak ditunggu-tunggukan lagi. Tak cukup ke lagi dengan 2 kejadian tanah runtuh. Sampai bile lagi diaorang yang tak bertanggung jawab ni nak tunggu. All that they can think of...kaut keuntungan tapi tak fikir nyawa orang yang tak bersalah yang menjadi mangsa.

Honestly, rasa takut and ngeri bila baca online news tadi. I got to know about ape yang berlaku dekat bukit antarabangsa tu pun because of Yaya's status on facebook. Semoga mangsa-mangsa tanah runtuh ini tabah dengan dugaan yang menimpa ke atas mereka. Bila dah jadi macam ni, baru ade suara-suara dari " pihak berkuasa " nak menyatakan pendapat dan arahan agar projek pembinaan perumahan di lereng bukit dihentikan. Don't you think it's too late already?...entahlah...kita tunggu dan lihat....



Pictures from The Star Online.
Daisypath Anniversary Years Ticker