Monday, June 6, 2011

Taatlah Sangat!

Dr Rohaya Mohamed
Dr Rohaya Mohamed
Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar

KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing - Source Berita Harian

Pelcaur Kelas Pertama? suka hati kau jer! **Slap in the face**I wonder pendidikan sex yang mcm mane agaknyer dia ajar ! Mesti Dr. ni *taat* betulkan kat husband dia *wink wink*

Sorry, saya adalah seorang isteri yang taat( trying hard to be ), tapi bukan pelacur kelas pertama! Wth, jangan samakan lah!




Sunday, June 5, 2011

Al-Fatihah

Khamis malam Jumaat, 10.30 malam ( Jun 2, 2011 )...Pak Zhari ( my uncle) telah kembali ke rahmatullah...

Al-fatihah....

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan para syuhada dan solihin..Insyaaallah....

The last time i met him, about a year ago...during my sis wedding. I was not able to see him last weekend, was in OT when he came to visit my family ....
It silenced me a bit....hanya Allah yang tahu apa yang terbaik baginya....Al -Fatihah

I know that my dad masih sedih dengan pemergian arwah adiknya....


Friday, June 3, 2011

Al Fatihah to my dearest grandmother

Friday, June 3, 2011 - 1 Rejab 1432....8 years since Arwah nenek left us for good..
Al- Fatihah to my dear nenek who is very dear to my heart, who will always be a dear nenek to my siblings.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya. Amin.

Wednesday, May 11, 2011

The most peaceful place on Earth

I really miss this place...one day, we'll be back! Insyaallah...So glad that my big sis and hubby dapat ikut my mum & dad to perform umrah this year. Untung menantu menantu mak..hehehe



One day after subuh ....

Masjidilharam from far at nite...taken by my hati manis from on top of Gua Hira'

Aman damai...

Our favourite picture together...priceless


Masjid Nabawi sebelum Maghrib



(Rabbanaaa 'aatinaa fid-dunya hasanatan wa fil-Aakhirati hasanatan wa qinaa adzaban naar)

“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

“Our Lord, give us in this world that which is good and in the Hereafter that which is good and protect us from the torment of the Fire.”

( Surah al-baqarah )

Labbaika Allahumma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka

"HambaMu datang menyahut panggilanMu, Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu. Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu yang tiada sekutu bagiMu

Tuesday, May 10, 2011

Bad Service

Ape nak jadi dgn ASPH ni...service makin lama makin teruk!! Dahla letak male nurse kat ward, tak selesa langsung! KPJ , you better do something...



They took 1 hour plus baru nak masuk bilik to flush the backflow blood. Teruk betul, bukan penuh patient pun and even bukak my drip dekat nurse station. Gile pemalas diaorang ni. Kenapela hospital ni yang paling dekat dengan rumah...sigh...

Monday, May 9, 2011

Daisypath Anniversary Years Ticker